Thursday, July 31, 2014

eid saied.

warna lari tema. kakak kata kami sekeluarga dan orang gaji. Zzz.



. hari raya pertama. selamat hari raya daripada kami!





Monday, July 14, 2014

doctor without border

asalnya dah apply leave untuk trip puasa dengan geng soup 11-13hb untuk ke Penang/Melaka/Kuantan. memandangkan tarikh semakin hampir dah dapat cuti dan tiada kata putus lagi. ade pula ajakan dari rakan sekerja untuk menyertai program kembara orang asli pada tarikh yang sama. tanpa fikir panjang terus setuju. (last minute geng soup dah confirm nak pergi Melaka jadi ambivalance nak pergi mana satu! sorry guys.)

it is so random. tak tahu siapa yang sertai, ke mana destanasi, dan ini adalah kali pertama nak join aktiviti macam ni. so i thought, okay just give a try, it might be fun. so here we go.

matlamat utama program ialah untuk menyelami hidup orang asli hasil usaha dakwah sehingga majoritinya beragam Islam disamping menyalurkan bantuan sumbangan dan meraikan bersama ramadhan. jadi destinasi kami ialah Pos Tuel, Gua Musang, Kelantan. 5 jam perjalanan convoy bersama 4 buah kereta dari kl  dan 1 jam menaiki pacuan 4roda melalui jalan hutan dan meredah sungai. disertai oleh  7org houseman hkl, dan beberapa org pelajar perubatan cucms. anjuran bersama Malaysian Relief Agency, Usrah HKL dan Bikers HKL.

melihat penduduk orang asli di pedalaman membuka mata sesuatu yang baru pengalaman yang tak tergambar. ketua misi, Dato' Dr Razak mantan pengarah HKL membawa kami menyelami hidup orang asli dan kepentingan berdakwah kepada mereka. beliau membawa ajaran Islam kepada kaum orang asli sejak 30 tahun lalu dan mengikuti perkembangan hidup dan ajaran agama Islam yang disampaikan sehingga majoriti orang asli kini beragama Islam. beliau turut membantu ekonomi penduduk orang asli dgn penanaman pokok getah, pembukaan sekolah, project kilang kerepek dan pelbagai lagi. usaha keras murni beliau dalam berdakwah dan membangunkan penduduk orang asli, sangat dikagumi dan tak terbayang diri untuk mampu berbuat sedemikian.

kami dibahagikan ke lima buah kampung, menyampaikan bantuan paket makanan kepada setiap keluarga, masak bersama penduduk kampung untuk berbuka, solat maghrib isyak dan terawih bersama. masak untuk satu kampung! dengan kemudahan yang serba kekurangan. tiada bekalan elektrik dan line telefon ape tah lagi. pengalaman 2 hari 2 malam membuka mata dan minda, berharap trip ini bukan lah kali pertama dan terakhir.




kredit gambar kepada official photographer misi.